AQIDAH DALAM HIDUP MANUSIA
1. Berpandangan luas
Menurut al.Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak
mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang
Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur,
Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang
ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik
Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan
membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi pertolongan dan
khidmat kepada sesama manusia.
Bagaimanapun pandangan seperti ini tidak mungkin ada pada
orang yang menganut fahaman tuhan yang berbilang-bilang, yang beri'tiqad Allah
mempunyai sifat serba kekurangan dan terbatas seperti manusia atau orang yang
tidak percaya kepada Allah sama sekali.
2. Melahirkan rasa bangga dan harga diri.
Orang yang beriman kepada Allah berasa bangga sebagai
manusia dan mempunyai harga diri. Dia mengetahui Allah adalah Pemilik
sebenar segala kekuatan yang ada dalam alam ini, tidak ada yang memberi manfaat
dan mudarat kecuali Allah, tidak ada yang menghidup dan mematikan kecuali Allah
serta tidak ada yang memiliki hukum, kekuasaan dan kedaulatan kecuali Allah.Oleh
itu, keimanannya kepada Allah menyebabkan dia t'dak berhajat kepada yang lain
daripada Allah. Tercabut dari dalam hatinya rasa takut kepada yang lain
daripada Allah. Dia tidak menundukkan kepalanya di hadapan makhluk, tidak
merendahkan diri dan mengemis kepada manusia dan tidak gentar dengan
kesombongan dan kebesaran manusia.
Sifat seperti ini tidak mungkin ada pada manusia yang tidak
beriman dengan Allah. Antara perkara yang menyebabkan syirik, kufur dan
murtad ialah seseorang mahu menundukkan kepalanya kepada yang lain daripada
Allah dan menganggapnya berkuasa memberi manfaat dan mudarat. Ia takut dan
bergantung harap kepadanya.
3. Rendah hati sesama manusia.
Orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin menjadi
angkuh, tidak mensyukuri nikmat dan tidak terpedaya dengan kekuatan dan
kemahiran yang dimilikinya kerana dia tahu dan yakin semua itu adalah kurniaan
Allah kepadanya. Malah dia sedar Allah berkuasa mengambilnya kembali
apabila Dia menghendaki.
Manusia yang tidak percaya kepada Allah akan mengingkari
nikmat, menyombong dan mengangkat kepala apabila memperolehi nikmat yang
sementara kerana menganggap nikmat itu hasil usaha dan kecekapannya.
Begitu juga orang yang musyrik menjadi sombong apabila mendapat nikmat kerana
menyangka dia mendapat perhatian lebih daripada Tuhannya berbanding orang lain.
4. Jiwa yang bersih dan beramal saleh
Orang yang beriman dengan Allah yakin tidak ada jalan untuk
mencapai keselamatan dan keuntungan kecuali dengan jiwa yang bersih dan beramal
saleh. Kesedaran itu timbul kerana dia beriman kepada Allah yang Maha
Kaya dan Maha Adil, bergantung harap segala sesuatu kepada-Nya.
Sebaliknya orang yang musyrik dan kafir menghabiskan masa
hidup mereka untuk angan-angan yang palsu. Di antara mereka ada yang
berkata: "Sesungguhnya anak Allab telah menjadi penebusan dosa-dosa kita
kepada Bapanya."'Ada juga yang berkata: "Kami adalah putera Allah dan
kekasihnya, maka Ia tidak akan menyiksa kami kerana dosa kami."Ada juga
yang berkata: "Kami akan meminta syafaat pada sisi Allah kepada pembesar
kami dan orang yang bertaqwa di kalangan kami.' Ada juga di kalangan mereka yang
menyembahkan nazar dan korban kepada tuhan mereka dan menganggap dengan cara
demikian mereka telah mendapat izin untuk berbuat sekehendak hati mereka.
Kepercayaan karut seperti itu sentiasa membenamkan
orang-orang berkenaan dalam lumpur dosa dan maksiat serta lupa mensucikan iiwa
dan memperbaiki amal mereka. Orang yang murtad pula sama sekali tidak percaya
adanya Pencipta mereka. Mereka tidak percaya akan diminta
bertanggungiawab atas perbuatan mereka serta menerima balasan atas perbualan
itu. Mereka menyangka mereka merdeka di dunia dan tidak terikat dengan
sesuatu undang-undang. Tuhan mereka ialah hawa nafsu dan mereka meniadi
hambanya.
5. Tidak berputus asa dan hilang harapan
Orang mukmin tidak mudah dihinggapi rasa putus asa dan
hilang harapan dalam apa keadaan sekalipun kerana dia beriman kepada Yang
Memiliki langit dan bumi serta Yang Memiliki nikmat dan kurniaan yang banyak.
lman memberikan ketenteraman yang luar biasa pada hatinya. lman mengisi hatinya
dengan ketenangan dan harapan meskipun dia dihina di dunia dan diusir dari
semua pintu kehidupan sehingga kelihatan jalan hidupnya sempit dan seluruh
saluran kebendaan terputus daripadanya. Dia yakin Allah tidak pernah
terlena dan tidak membiarkan hidupnya terlantar. Oleh itu dia sentiasa
mencurahkan tenaganya dengan bertawakkal kepada Allah dan meminta pertolongan
daripada-Nya dalam semua urusan.
Ketenteraman hati dan ketenangan iiwa seperti ini tidak
mungkin dimiliki kecuali dengan aqidah tauhid. Orang kafir, musyrik dan
mulhid (athies) mempunyai hati yang lemah. Mereka bersandar kepada
kekuatan yang terbatas. Maka alangkah cepatnya mereka dihinggapi rasa
putus asa ketika menghadapi kesukaran. Kadangkala membawa mereka membunuh
diri.
6. Memiliki hati dan pendirian yang teguh
lman kepada Allah mendidik manusia dengan kekuatan-yang
besar, bulat, tekad, berani, sabar, tabah dan tawakkal ketika menghadapi
perkara besar di dunia demi mengharapkan keredaan Allah. Dia yakin
kekuatan Allah yang memiliki langit dan bumi menyokongnya dan membimbingnya
dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu hatinya menjadi lebih teguh, tabah
dan keras daripada keteguhan, ketabahan dan kekerasan gunung. Hampir
tidak ada suatu musibah dalam dunia yang dapat melawan tekad yang telah
dibuatnya. Bagaimanakah syirik, kufur dan mulhid dapat menentang kekuatan
dan ketabahan seperti ini?
7. Berani dan tabah
lman kepada Allah menjadikan manusia berani dan mengisi
hatinya dengan ketabahan. Ada dua perkara yang menjadikan seseorang
manusia itu pengecut dan lemah semangat. Pertama, cinta pada diri, harta
dan keluarganya. Kedua, percaya bahawa ada yang lain daripada Allah yang
dapat mematikan manusia dan dia tidak dapat menolak kematian itu dengan
sebarang tipu daya.
Bagaimanapun iman kepada Allah dapat mencabut kedua-dua
perkara itu daripada hati manusia dan membersihkannya daripada daki-dakinya
dengan sebersih-bersihnya. lman dapat mencabut yang pertama dengan menjadikan
dia yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Pemilik diri, harta dan keluarganya.
lman menjadikan dia sedia berkorban untuk jalan dan keredhaan
Allah. Dia sedia berkorban dengan segala sesuatu yang ada padanya sama
ada yang mahal mahupun murah.
lman juga dapat mencabut perkara kedua dengan menanamkan ke
dalam iiwa manusia bahawa tidak ada seorang manusia atau seekor binatang pun
yang dapat merampas hidupnya, tidak juga bom atau meriam, pedang, batu atau
kayu, sebaliknya hanya Allah yang berkuasa berbuat demikian. Allah telah
menetapkan waktu bagi kematiannya. Tidak ada satu kekuatan pun dalam
dunia ini yang dapat mempercepatkannya.
Oleh itu, tidak ada orang di dalam dunia yang lebih berani
daripada orang yong beriman kepada Allah. Satu bala tentera sekalipun
tidak dapat menakutkan atau menggentarkannya kerana ketika dia maju untuk
beriihad dia dapat menghancurkan suatu kekuatan yang melebihi sepuluh kali
ganda.
Oleh itu, bagaimanakah orang kafir, musyrik dan mulhid
menganggap jiwa mereka adalah barang paling berharga bagi diri mereka dan yakin
bahawa mati itu datang bersama kedatangan musuh dan pergi dengan pemergian
musuh?
Menjauhi perbuatan hina, berpada dengon yang ada
Iman kepada Allah mengangkat darjat manusia dan menimbulkan
dalam dirinya sifat menjauhkan diri daripada perbuatan yang rendah
martabatnya. Dia juga berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak
memerlukan pemberian orang, menyucikan hatinya daripada sifat tamak, rakus,
dengki, rendah diri dan segala sifat buruk serta kecenderungan yang hina.
Tidak terlintas dalam hatinya memilih jalan yang keji untuk mencapai kejayaan
kerana dia yakin rezeki berada di tangan Allah. Dia yakin Allah
melimpahkan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya dan menentukan kepada
orang yang dikehendaki-Nya. Tidak ada kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran,
kekuasaan, pengaruh dan kemenangan melainkan di tangan Allah. Manusia
wajib berusaha dengan cara yang mulia menurut kemampuannya. Kejayaan atau
kegagalan bergantung kepada Allah. Tidak ada yang dapat menahan apa yang
diberi-Nya dan tidak ada yang dapat memberi apa yang ditahan-Nya.
Orang kafir, musyrik dan mulhid menyangka bahawa kejayaan
mereka atau kegagalan bergantung kepada bantuan kekuatan duniawi atau
halangannya. Mereka adalah hamba kepada keserakahan dan kerakusan.
Untuk mencapai kejayaan mereka tidak segan menerima rasuah, mengampu, bersekongkol
dan melakukan pelbagai lagi cara yang keji. Mereka menggigit jari kerana
dengki melihat kejayaan orang lain. Mereka menggunakan tipu daya untuk
menjatuhkan orang lain atau orang yang menentang mereka.
9. Terikat dan patuh pada peraturan Allah
Perkara paling penting dalam hubungan ini ialah iman kepada
Allah menjadikan manusia terikat dan patuh kepada undang-undang Allah.
Orang yang beriman yakin Allah mengetahui segala sesuatu. Malah Allah
lebih dekat kepada diri mereka daripada urat leher mereka sendiri.
Orang beriman yakin apabila mereka melakukan sesuatu
perbuatan di dalam gelap ataupun bersendirian, Allah tetap mengetahui.
Apabila terlintas dalam hatinya sesuatu yang tidak baik, Allah tetap
mengetahui. Walaupun dia dapat menyembunyikan perbuatannya daripada orang
lain, dia tidak dapat menyembunyikannya daripada Allah. Walaupun dia
dapat melepaskan dirinya daripada sebarang kekuatan, dia tidak dapat melepaskan
dirinya daripada Allah.
Oleh itu semakin kukuh iman ini melekat dalam jiwa
seseorang, semakin tekun ia mengikuti hukum Allah dan menjauhi larangan-Nya. la
bergegas menuju kebajikan dan mengerjakan apa yang diperintah oleh Allah
sekalipun di dalam gelap mahupun bersendirian. Di hadapan matanya
sentiasa terbayang pengadilan tinggi yang hampir dan tidak ada orang yang dapat
melepaskan diri daripada pemeriksaan-Nya.Iman kepada Allah menjadi syarat
pertama dan paling utama untuk menjadikan seseorang manusia itu Muslim kerana
seorang Muslim ialah hamba yang taat dan patuh hanya kepada Allah SWT.
0 komentar:
Posting Komentar