40 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM
1.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang
soleh.
2.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
3.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang
siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail A.S.
5.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7.
Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
11.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang
dan puasanya).
12.
Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula
berhak terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia
kehendaki.
14.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
15.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang
jahat.
22.
Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
23.
Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada
badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.
24.
Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad
25.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.
27.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28.
Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
29.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.
31.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.
35.
Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
36.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37.
Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.
39.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.
40.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.
0 komentar:
Posting Komentar